Love Dhabt
★ Sawnan Love ★


Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini. Kami pelajar tahun akhir di Institut Al-Quran Yayasan Islam Negeri Kedah (IQDAR) sedang menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada kami dalam blog ini yang akan menerangkan tentang ilmu Dhabtul Quran. Blog ini masih dalam proses pembikinan. Jika terdapat kesalahan atau kesilapan, boleh lah tinggalkan komen anda di bawah atau menghantar emel kepada kami iaitu lovesawnan@gmail.com. Terima kasih.

Link Sahabat!

Dr Dhabtul Quran

Ilmu Dhobt
Fasii
Love Dhobt
Link IQDAR's!

FACEBOOK IQDAR's
Blog IQDAR's
Ahli Kumpulan


Afaf Tarmizi: (07-0136/2012)

Wardah Rujhan: (07-0147/2012)
Shaza Shirazi Shirozi: (07-0144/2012)
Fatimah Najwa Mohd Zakaria: (07-0138/2012)
Nurul Najihah Zubit: (07-0142/2012)
Nurul Aiman Abdul Rahman: (07-0141/2012)


Post Lalu

Credit Section!

Template by : LiyanaIzzati
Basecode made by : AreQil
Background : Nurul Atiqah
Edited : Sawnan Love
Best view : Google Chrome


BAB 3

                                       
HURUF SUKUN DAN HURUF YANG BERADA SELEPASNYA

v  Asal usul huruf sukun mempuyai 5 pendapat:

1.     Asal sukun berasal daripada kepala jim(ج),ini adalah pendapat mazhab Khalil bin Ahmad.

2.    Pendapat kedua menyatakan berasal daripada kepala ha (ح)

3.    Pendapat ketiga menyatakan berasal daripada kepala kha) خ)

4.    Pendapat yang keempat iaitu mazhab Abu Daud mengatakan berasal daripada bulatan kecil dan inilah yang diamalkan.( )

5.    Manakala pendapat yang kelima sebahagian ahli-ahli titik  madinah menyatakan bahawa sukun berasal daripada ha, simpul.

v  Tempat letak sukun:

1.     Tulis sukun atas huruf izhar sahaja dan inilah yang diamalkan.

2.    Meletakkan semua tanda sukun pada semua huruf sukun ( termasuk dengan huruf idhgam)

v  Huruf yang duduk selepas sukun huruf izhar tulis tanda sukun tetapi jika jika yang duduk selepas sukun itu selain daripada huruf izhar iaitu huruf idgham kamil perlu letak tanda syaddah.

v  Selain daripada idgham naqis iaitu  mempunyai 2 pendapat:

1.     Tidak meletakkan tanda sukun dan syaddah.


2.    Letak syaddah dan sukun supaya menunjukkan idgham naqis. Ini menunjukkan bahawa tanda syaddah menunjukkan idgham. Manakala sukun menunjukkan bukan huruf izhar tetapi ia adalah idgham naqis.

0 Comment!
BAB 4


TANDA HURUF TASHDID
  • Khilaf para ulama dhobt pada huruf tashdid, adakah perlu kepada tanda yang menunjukkan kepada tashdid atau tidak? Sebahagian ahli nokhtah Iraq berpendapat tidak perlu kepada tanda, cukup dengan menunjukkan kepadanya tanda harakat kosong.

  • Jumhur ulama yang lain berpendapat perlu meletakkan tanda yang menunjukkan kepada tashdid.Khilaf bagi cara dua mazhab, pertama mazhab Kholil bin Ahmad dan sahabat-sahabatnya dan ahli nokhtah Mashariq berpendapat meletakkan kepala shin(ش) tanpa letak ekor dan nohtah(.) letakkan pada huruf tashdid dan menjadi pilihan Abu Daud dan ini yang diamalkan yang mana diambil daripada kalimat(شديد).

  • Kedua, mazhab ahli nokhtah Madinah dan pengikut mereka ahli nokhtah Andalusi iaitu diambil daripada (شد) kerana terdapat huruf 'dal' yang berulang sebanyak dua kali.

Terdapat tiga mazhab yang khilaf tentang harakat huruf:

1)    Mencukupi dengan tanda tashdid tanpa harakat.
2)   Menghimpunkan antara dua huruf.

3)   Menghinpunkan antara dua huruf shaddah yang berada di hujung.

0 Comment!
Bab 5


Tanda – Tanda Mad

Terbahagi kepada 2 pendapat :

1)    Sebahagian ulama’ Iraqi : Tidak perlu untuk meletakkan tanda cukup sekadar terdiri Mad melalui petunjuk pada huruf itu sendiri.

2)   Jumhur Ulama’ : Perlu meletakkan tanda Mad pada huruf.

Tanda Mad :

  “Baris panjang yang terangkat sedikit yang berasal daripada kalimah (مد) yang dibuang kepala ‘mim’(م)nya dan dan ekor ‘dal’(د) bahagian atas.”

Cara meletakkan tanda Mad , terdapat 2 pendapat :

1- Diletakkan berbetulan diatas huruf Mad (آ) : pendapat Abu Daud dan ini yang diamalkan.

2 - Diletakkan tanda Mad dihadapan sedikit pada huruf Mad.

Ø  Diletakkan tanda Mad  atas huruf Mad yang tiga iaitu : Alif, Wau dan Ya (ا,و,ي) apabila bertemu dengan huruf hamzah (ه) Muttasil atau Munfassil.

Contohnya : -

-          Hamzah muttasil : جآء

-          Hamzah munfassil :  وفي أنفسكم 
                              
Ø  Walaubagaimanapun Mad badal dan Mad lin tidak perlu diletakkan tanda melainkan pada tempat isybaa’ (اشباع).

Contohnya : - > ءآمنوا  

Huruf Mad terbahagi kepada dua : -

  1) Ditulis

  2) Dihazaf (dibuang)

-          Kalau ditulis huruf Mad akan diletakkan tanda Mad kepadanya  (جآء).

-          Kalau dihazaf huruf Mad terbahagi kepada 2 mazhab :

1)  Letak tanda diatas huruf Mad yang ganti   (شفعآؤا)  : bersepakat syeikh dan ini yang diamalkan.

2)  Mad yang dihazaf dan tidak diletak alif ganti  (  شفعىؤا)


*p/s :  Jika pertukaran hamzah tashil : tidak perlu diletakkan tandacontoh :  اسرءيل

Seterusnya huruf Mad yang dibuang dan tidak diletakkan selepasnya hamzah dan sukun :

1)  Ya’ yang dihazaf : ے  لايستحي

2)   Ya’ Zaidah : دعان ے

3)    Silah (صلة) ha’ dhomir dan mim jama’ : ان ربهۥ 

Ø  Maka ulama’ Dhabt mengeluarkan 2 pendapat :

-          Letak tanda ilhaq (  اوي)

     contoh : دعان ے  , ان ربهۥ   : ini yang diamalkan.

-          Tidak perlu letakkan tanda ilhaq tapi letak tanda Mad,
contoh :  ے  من الحق     لايستحي

Ø  Dan pendapat pada ilhaq (إلحق) yang dibuang :

1)  Ulama’ Dhabt mazhab awal  : tidak perlu letak tanda dan diikuti oleh setengah mazhab yang terdahulu.

Ø  Khilaf pendapat pada meletakkan tanda pada huruf Mad.

1)   Sedikit yang berpendapat letak tanda berbetulan di atas huruf Mad dan ini yang diamalkan.

2)  Pendapat yang lain mengatakan letak tanda Mad dihadapan huruf sedikit.




0 Comment!
BAB 6


FilHamz

Perbahasan mengenai huruf Hamzah diringkaskan kepada lima bahagian iaitu :

Pertama : Bentuk

Ulama berselisih pendapat pada keadaan huruf hamzah :

·         Mazhab Pertama : berbentuk bulat seperti titik (.) sama ada ketika tahqiq atau tashil – seperti yang disebut oleh Ahli Nuqoth.

·         Mazhab kedua : ain kecil seperti ( – seperti yang disebut oleh Mazhab Nahu dan Ahli Penulisan.

*asalnya hamzah adalah ain bagi sesetengah lahjah.

Kedua : Warna

Hamzah diwarnakan pada enam tempat :

·         Pertama : Tahqiq contohnya (أخذ) .

·         Kedua : Tashil baina baina contohnya (أرأيت) .

·         Ketiga : Ibdal huruf yang berbaris contohnya (لئلا) . – untuk qiraat ibdal.

·         Keempat : Ibdal huruf mad contonya (أرأيت) . untuk qiraat ibdal.

·         Kelima : Huruf yang dinaqalkan harakatnya ( قد أفلح) . – untuk qiraat naqal.

·         Keenam : Huruf yang dihazafkan harakatnya( شاء أنشرة)  . – untuk qiraat isqath.

* Tahqiq diletakkan titik berwarna kuning.

* Tashil baina baina atau ibdal huruf berbaris diletakkan titik berwarna merah.

* Ibdal huruf mad, huruf yang dinaqalkan harakatnya atau huruf yang dihazafkan harakatnya tidak diwarnakan.

Ketiga : Baris

Ulama bersepakat meletakkan baris pada huruf hamzah pada enam tempat :

·         Pertama : Tahqiq

·         Kedua : Tashil baina baina

·         Ketiga : Gugur harakat hamzah

·         Keempat : Huruf yang dinaqalkan harakatnya – jika ia sukun sahih

·         Kelima : Tanwin yang menaqalkan lafaznya bukan tulisan

·         Keenam : Ibdal huruf yang berbaris > dua pendapat :

1) hazafkan barisnya

2) letakkan baris (yang diamal)

Adapun ibdal huruf mad dihazafkan juga barisnya – pada enam jenis :

·         Pertama : Mufrad contohnya (أرأيت) . untuk qiraat ibdal.

·         Kedua : Terhimpunnya hamzah dalam satu kalimah dan yang keduanya adalah hamzah wasal contohnya(ءآذكرين)  .

·         Ketiga : Terhimpunnya hamzah dalam satu kalimah dan yang keduanya bukanlah hamzah wasal dan selepasnya sukun contohnya (ءأنذرتهم). untuk qiraat ibdal.

·         Keempat : Terhimpunnya hamzah dalam satu kalimah dan selepasnya harakah a’ridhoh contohnya(ءآلان) . untuk qiraat ibdal dan naqal.

·         Kelima : Terhimpunnya hamzah dalam satu kalimah dan selepasnya harakah asliah contohnya(ءألد)  untuk qiraat ibdal.

·         Keenam : Terhimpunnya hamzah dalam dua kalimah contohnya(شآء أنشرة) .

* Pada jenis yang pertama dan kedua : dihazafkan hamzah dan barisnya dan diletakkan matthoh  (~)pada tempat hamzah.

* Pada jenis yang ketiga : dihazafkan hamzah dan barisnya.

Qila > diletakkan matthoh  (~)pada tempat hamzah (yang diamal).

Qila > tidak diletakkan matthoh  (~)pada tempat hamzah.

* Pada jenis yang keempat : dihazafkan hamzah dan barisnya dan tidak diletakkan matthoh  (~) pada tempat hamzah kecuali pada mad seperti (ءآلان) (yang diamal).

* Pada jenis yang kelima dan keenam : dihazafkan hamzah dan barisnya dan tidak diletakkan matthoh  (~)pada tempat hamzah.

Keempat : Keadaan

·         Pertama : Hamzah mufrad > ada rumah :

1) alif(سأل) 

2) waw (لؤلؤ) 

3) ya(بارئكم)

> tiada rumah :

1) awal( ءادم)  

2) tengah(لرءوف)  

3) akhir (السماء)

·         Kedua : Jamak >  wajib menghazafkan salah satu rumah sama ada yang berbeza baris  (أئفكا)  atau yang sama baris (ءأنذرتهم) .

*Ulama berselisih pendapat pada menghazafkan rumah hamzah :

1) Al-Farra’ : kekalkan rumah hamzah yang pertama dan hazafkan yang kedua.

2) Al-Kisaie : kekalkan rumah hamzah yang kedua dan hazafkan yang pertama.

3) Ulama Dhobt : menerima kedua pendapat diatas dengan menggunakan pendapat Al-Farra’ ketika berbeza baris hamzah dan pendapat Al-Kisaie ketika bersepakat baris hamzah (ءأنذرتهم).

·         Ketiga : Jamak tiga hamzah > hanya ditulis satu rumah hamzah.

*Banyak mazhab yang menerangkan tentang penulisannya namun hanya diterangkan tiga mazhab :

1) hazaf rumah hamzah pertama, diletakkan rumah pada hamzah kedua dan diletakkan alif kecil pada rumah yang ketiga. (yang diamal)

2) hazaf rumah hamzah pertama, diletakkan alif kecil pada rumah yang kedua dan diletakkan alif pada rumah yang ketiga.

3) hazaf rumah hamzah pertama dan kedua diletakkan alif pada rumah yang ketiga.

Kelima : Tempat

·         Jika tiada rumah maka letak atas garisan sama ada :


1) awal( ءادم)     2) tengah(لرءوف)     3) akhir (السماء)


·         Jika ada rumah ia :

 1) dipisah (شطئة) (yang diamal) atau

2) disambung.

·         Jika berbaris atau sukun maka letak hamzah diatas rumahnya sama ada alif (أخذ) , waw  (يكلؤكم) atau ya (لئلا) .

·         Jika berbaris kasrah maka letak hamzah dibawah rumahnya rumahnya sama ada alif(إنا)  , waw (اللؤلؤ) atau ya (إنا) .

*Bagi Qiraat yang baca idkhal maka diletakkan alif kecil (yang diamal) atau garis pada dua hamzah.



0 Comment!