Love Dhabt
★ Sawnan Love ★


Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini. Kami pelajar tahun akhir di Institut Al-Quran Yayasan Islam Negeri Kedah (IQDAR) sedang menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada kami dalam blog ini yang akan menerangkan tentang ilmu Dhabtul Quran. Blog ini masih dalam proses pembikinan. Jika terdapat kesalahan atau kesilapan, boleh lah tinggalkan komen anda di bawah atau menghantar emel kepada kami iaitu lovesawnan@gmail.com. Terima kasih.

Link Sahabat!

Dr Dhabtul Quran

Ilmu Dhobt
Fasii
Love Dhobt
Link IQDAR's!

FACEBOOK IQDAR's
Blog IQDAR's
Ahli Kumpulan


Afaf Tarmizi: (07-0136/2012)

Wardah Rujhan: (07-0147/2012)
Shaza Shirazi Shirozi: (07-0144/2012)
Fatimah Najwa Mohd Zakaria: (07-0138/2012)
Nurul Najihah Zubit: (07-0142/2012)
Nurul Aiman Abdul Rahman: (07-0141/2012)


Post Lalu

Credit Section!

Template by : LiyanaIzzati
Basecode made by : AreQil
Background : Nurul Atiqah
Edited : Sawnan Love
Best view : Google Chrome


PENGENALAN ILMU DHABTUL QURAN



Kitab Dhabt


Nama Penulis


Ta’rif dan pengertian :

  • Makna asal dalam Bahasa ‘Arab : Sampai matlamat dalam memelihara sesuatu perkara.
  • Istilah Ilmu Dhabt : Suatu ilmu yang memberi tanda kepada huruf-huruf Al-Quran dari segi harkah ( baris ), sukun ( tanda mati ), syahadah (sabdu), mad (panjang ) dan lain-lain lagi.


Jenis Dhabt :


  • Terdapat dua jenis dhabt (tanda), iaitu :

i. Naqt al-I'rab :


Tanda/simbol dalam bentuk baris atas, bawah, dan hadapan.

ii. Naqt al-I'jam :

Tanda dalam bentuk titik, untuk membezakan huruf bertitik dan huruf tidak bertitik.


A. NAQT AL-I'RAB : ASAL USUL TITIK DAN BARIS DALAM AL-QURAN.

Sesungguhnya titik itu membawa dua pengertian yang perlu diketahui oleh kita semua. :

Pertama: Sesuatu tanda yang menunjukkan "harakah" (baris),"sukun"(baris mati),"syad" (sabdu), "mad" (panjang) atau sebagainya. Titik-titik ini dipanggil oleh setengah orang dengan .(naqt al i'rab)

Kedua : Sesuatu tanda yang menunjukkan zat-zat hurufnya yang membesakan antara "mu'jamnya"dan "muhmalnya" seperti titik yang terletak pada "ba" di sebelah bawahnya dan juga "jim" dan dua titik "ta" sebelah tasanya dan begitulah seterusnya. Maka titik pada huruf "ta" dan "tha" dan titik pada huruf "jim" itu membezakan dia dari huruf "ha".Titik-titik ini dipanggil . (naqt al i'jam)

BARIS:

Sesuatu tanda yang memberi "harakah"kepada huruf-huruf atau "sukun","mad" dan sebagainya.Yang demikian adalah sama ertinya dengan makna yang pertama dari "titik" atau "noktah" tadi. Baris ini dipanggil DHABT.

PENDAPAT ULAMA':

Pendapat ulama berselisihan di atas banyak qaul untuk menentukan siapa yang mula mencipta titik-titik di atas dua makna yang diterangkan di atas itu. Adakah penciptanya dengan dua maknanya itu seorang individu sahaja ataupun berlainan orangnya? yang mana satu antara keduanya yang lebih dahulu dicipta? Para ulama yang berteliti lebih condong mengatakan bahawa pencipta titik menurut maknanya yang pertama itu yakni ( naqt al i'rab ) ialah Abul Aswad Ad Duali.

Menurut cerita mengenainya bahawa Amirul Mukminin Muawiyah bin Abi Sufiyan telah menulis kepada Zaid ibn Abi Zaid yang menjadi gabenor Basrah waktu itu meminta beliau arahkan anaknya Ubaidullah bin Zaid datang mengadapnya. Beliau dapati dalam pertuturannya beberapa kesalahan dalam tatabahasa. Muawiyah telah menghantar Abdullah pulang dan bersamnya sepucuk surat kepada ayahnya. Di dalamnya Zaid dikecam kerana membiarkan anaknya bertutur tanpa menurut tatabahasa yang betul.Setelah membaca surat itu Zaid pun memanggil Abul Aswad seraya berkata kepadanya "sesungguhnya bangsa-bangsa A'jam itu telah merosakkan bahasa Arab".Tidakkah dapat anda mereka sesuatu yang dapat orang ramai mengawal bahasa mereka dengan baik dan membaca dengan betul ayat-ayat suci Al-Quran. Tetapi Abul Aswad enggan memenuhi permintaan itu dengan sesuatu sebab yang tertentu.Lalu Zaid menyuruh seorang lelaki duduk di tepi jalan menunggu Abul Aswad lalu katanya kepada orang itu : "bila Abul Aswad lalu di hadapanmu, hendaklah kamu baca sesuatu dari ayat Al-Quran dan buat-buat silap dalam bacaan itu". Orang itu pun duduk di tepi jalan yang selalu dilalui oleh Abul Aswad. Apabila dia melihatnya melintas di situ dia pun membaca surah at-Taubah dengan membaca "rasuliha" tidak "rasuluha"(menurut baris yang betul).Tatkala Abul Aswad mendengar bacaan itu dia rasa terperanjat dan terharu. Beliau pun tergesa-gesa berjumpa semula dengan Zaid seraya berkata :"Baiklah ! saya sanggup memenuhi permintaan anda . Saya fikir baik saya mulakan dengan "mengi'rabkan" Al-Quran, ertinya membetulkan bacaan supaya tidak berlaku "lahan". 

Selepas itu Abul Aswad telah memilih seorang lelaki dari qabilah Abul Qias seraya berkata kepadanya:"engkau bawa semua mushaf dan suatu bekas berisi cat yang warnanya berlainan dari warna mushaf itu. Bila aku buka kedua bibirku letakkan titik sebelah di atas huruf itu dan bila aku himpunkan keduanya hendaklah anda letakkan titik sebelah depannya dan bila aku pecahkan dia letakkan satu titik sebelah bawahnya. Bila aku turutkan "harakah" itu dengan dengung , (tanwin), letakkan dua titik" . Beliau telah memulakan usaha itu dari awal mushaf sehingga akhirnya.

ORANG PERTAMA :
 
Diambil dari cerita tersebut bahawa orang yang mula-mula mereka titik - titik menurut maknanya yang pertama itu ( naqt i'rab ) yang sama ertinya dengan ( asyaklu ) atau ( adabthu ) ialah Abul Aswad Adduali , daripadanya timbul berbagai-bagai rekaan baru yang dicipta oleh para ulama yang kemudian dengan memasukkan pada yang asal banyak perubahan yang sesuai .

KEDUA :

Adapun noktah-noktah menurut maknanya yang kedua itu maka pendapat ulama juga bersalah-salahan tentang siapa yang mula-mula merekanya.pendapat yang paling rajih ialah "Nasr b.A'sim dan Yahya bin Ya'mur/Yu'mar" iaitu tatkala terdapat ramai orang-orang baru dari bangsa-bangsa Ajam yang menganut agama islam, maka banyaklah berlaku salah sebutan dalam bahasa Arab dan sebutan-sebutan yang silap itu banyak digunakan orang.Dari itu adalah sangat dibimbangi kalau-kalau kesilapan itu terserap ke dalam bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, lalu Amirul Mukminin Abdul Malik bin Marwan memerintah Gabenornya di Iraq yang bernama Hajjaj bin Yusof supaya berusaha bersungguh-sungguh menghapuskan sebab-sebab yang menimbulkan salah sebutan itu agar tidak tebawa-bawa ke dalam Al-quran. Al-Hajjaj pun menanggungkan tugas itu ke atas Nasr bin A'sim dan Yahya bin Ya'mur/Yu'mar, dua orang pakar dalam bahasa Arab dan kesusasteraannya termasuk ilmu qiraat.Keduanya tidak dapat mengelakkan diri dari menerima tugas itu memandangkan kepada maslahat umum demi keutuhan kitab suci Al-quran Mereka berdua pun mulai melaksanakan arahan itu dengan mencipta noktah-noktah untuk membezakan di antara huruf-huruf dan dengan demikian akan terpeliharalah Al-quran dari salah sebutan nahu.Noktah-noktah ini ditulis dengan dakwat yang warnanya bersamaan dengan warna tulisan mushaf itu supaya berbeza dari titik -titik yang direka oleh Abul Aswad Adduali.

KESIMPULANNYA :

Diambil dari kisah ini dan kisah yang dahulu bahawa noktah-noktah menurut maknanya yang pertama itu adalah dahulu penciptaanya dari noktah-noktah menurut maknanya yang kedua, kerana zaman Zaid terdahulu dari zaman Al-Hajjaj kemudian dalam pemerintahan Abbasiah lahir Imam An Nahri Al-kholil bin Ahmad Al-Basri . Beliau telah mengubah noktah-noktah yang direka oleh Abul Aswad dan dijadikan di atas bentuk yang digunakan sekarang. Para ulama berkata tidak mengapa dilakukan yang demikian kerana ia menjadi cahaya yang dapat menerangkan para pembaca, kemudian dilakukan pula pembaharuan dengan membubuh titik-titik di akhir ayat-ayat.

B. NAQT AL-I'JAM : TERBAHAGI KEPADA DUA BAHAGIAN :

1. HURUF MU’JAMAH : huruf yang mengandungi titik. Tebahagi kepada lima belas huruf iaitu :

( ب , ت , ث , ج , خ , ذ , ز , ش , ض , ظ , غ , ف , ق , ن , ي )

Namun begitu, bagi huruf  “Ya”ي )  ) terdapat lima keadaan yang tidak diletakkan titik iaitu :

1.      Apabila huruf “Ya” berada di hujung kalimah : (محياى)

2.      Apabila kedudukan huruf “Ya” diganti dengan huruf “Hamzah”: (لئلا)

3.      Apabila huruf “Ya” diganti kedudukannya dengan huruf lain sama ada di tengah (هدىهم) atau di hujung (تهوى) kalimah.

4.      Apabila huruf “Ya” dihazafkan kerana terkumpul dua “Ya” sama ada di tengah (النبيىن) atau di hujung (يستحيى) kalimah.

5.      Apabila huruf “Ya” berfungsi sebagai Silah atau huruf Ilhaq : (فيه هدى).

2. HURUF MUHMALAH : huruf yang tidak mempunyai titik. Terbahagi kepada tiga belas huruf iaitu :

( ا , ح , د , ر , س , ص , ط , ع , ك , ل , م , ه , و )

Tajuk yang dibincangkan :

  • Tanda-tanda yang menunjukkan atas apa yang dipamerkan oleh huruf dari segi meletakkan baris atau meninggalkannya, keudukan dan warnanya dan lainlain lagi.


Faedah :


  • Menghilangkan keraguan dan kesamaran pada huruf-huruf al-Quran supaya tidak bertukar huruf yang bersabdu atau tidak, yang mana mati dan berbaris

Alamat atau tanda-tanda yang terlibat dengan dhabt pada huruf-huruf al-Quran dari segi bentuk, warna dan tempat meletakkannya ialah:

v  Harakah

v  Sukun

v  Syaddah

v  Mad

v  Hamzah

0 Comment!
BAB 1


TANDA-TANDA BARIS DAN TANWIN

Keadaan baris ada 3 jenis iaitu :

1)    FATHAH

2)   KASROH

3)   DOMMAH

1)  FATHAH

  • Alif kecil merupakan satu garis yang melintang ditidurkan. (-) berlaku khilaf untuk meletakkan pada tempat samada atas huruf yang berbaris dan inilah yang diamal.


2)  DOMMAH

  • Wau(و) yang kecil dan berlaku khilaf pada tempatnya ada yang mengatakan letak di atas huruf  dan inilah yang diamal. Ada yang kata di hadapan huruf  dan ada yang kata padanya.  Mazhab timur tinggalkan wau)  (وdan inilah yang diamalakan dan mazhab barat dibuang kepala wau(و).


3)  KASROH

  • Ya (ي) terbalik tempat di bawah huruf yang berbaris dengannya dihazafkan kepalanya. Dan diletakkan noktah dan dijar.

  • Ini adalah tiga jenis baris untuk semua huruf yang berbaris samada barisnya diirab(إعراب), adapun bina’(بناء), banih(بنيه), naqol(نقل), dan kalau bertemu dua sukun.

Dan kecuali huruf dihadapan itu adalah surah seperti:

1)    الم

2)   ق

3)   طه

  • Mazhab timur tidak meletakkan baris keatasnya, dan mazhab barat meletakkan baris pada huruf. Apabila ada huruf yang berbaris itu ada dua nun ditambah sama dengan baris yang ada.

  • Adapun nun (ن) ditulis atau tidak, bagi yang tidak ditulis baris diganti dengan alif


i)Bagi yang tidak ditulis alif ada 4 jenis :


1)    Mansub diakhir hamzah contohnya(ماءً)

2)   Makhtum dengan ta’ ta’nis contohnya(رحمةً)

3)   Dengan majrur contohnya(من غفورِ)

4)   Dengan marfu’(بالمؤمنين رءوف رحيمٌ)

ii)Bagi yang ditulis alif terbahagi pada 4 mazhab:

1)    Ada baris dan tanwin diatas huruf sebelum alif contohnya(عليمًا)

2)   Ada diatas alif contohnya (عليماً)  

3)   Ada baris atas huruf dan tanwin atas alif contohnya(عليَماً)

4)   Ada baris atas huruf kemudian dikira bersama tanwin diatas alif contohnya (عليَماً)

Dua mazhab terakhir adalah dhoif

iii)Untuk yang berbaris baginya (عليما)ada empat pendapat:

1)    Marfu’ contohnya (سحر مفترى)   

2)   Mansub contohnya(سمعنا فتى)

3)   Majrur contohnya(فى قرى محصنة)

  Dan inilah yang diamal iaitu kalimah (عليما)

iv)Dan bagi contoh(ماء) padanya ada tiga pendapat:

1)    Hamzah selepasnya alif dan atasnya dinasobkan dengan tanwin contohnya (ماءً)

2)   Ada hamzah selepas alif dan selepasnya itu alif kecil dan diletakkan dengan nasob dengan tanwin atas alif kecil itu contohnya (ماءاً).

3)   Ada alif kecil sebelum alif dan hamzah diantaranya dan diatas hamzah diletakkan nasob dengan tanwin contohnya (مئًا)


Dua mazhab terakhir adalah dhoif





0 Comment!
BAB 2


HUKUM TANWIN, NUN MATI / SAKINAH
DAN

HURUF YANG TERLETAK SELEPASNYA







HUKUM TANWIN


         Selepas Tanwin Huruf Izhar

- Huruf Izhar:

1. Jumhur : hamzah( ء ) , ha’( ه ) , ‘ain(ع ) , ha( ح ) , ghin( غ ) , kha’ ( خ )

2. Abu Jaafar : hamzah( ء ) , ha’( ه ) , ‘ain(ع ) , ha( ح )

- Kedudukan: Baris dan tanwin berada diatas huruf dalam keadaan yang sama)  ( متساويتين .

- Contoh:


- Sebab: Isyarat atau tanda yang menunjukkan tulisan dan makhraj tidak bersambung.

         Selepas tanwin selain Huruf Izhar dan Iqlab (Ikhfak dan Idgham):

- Kedudukan: Baris dan tanwin ditulis berselisih ( متتابعتين ), tanda  tanwin kehadapan sedikit dengan tanda baris.

-Contoh :





- Sebab: Isyarat atau tanda yang menunjukkan dimasukkan sedikit atau menghampiri makhraj huruf selepasnya.

         Selepas tanwin huruf Iqlab:

- Huruf Iqlab: ba’ ( ب )

- Tanda: 2 mazhab

1. Abu Daud (diamalkan)

- Meletakkan mim kecil sebagai pengganti tanwin dan meletakkan tanda baris.






HUKUM HURUF YANG TERLETAK SELEPAS TANWIN


     Huruf Izhar atau Ikhfak atau Iqlab:

- Meletakkan barisnya sahaja.

- Contoh:

- Meletakkan mim kecil sebagai pengganti tanwin dan meletakkan tanda baris.


   Huruf Idgham:

Kumpulan pertama: lam ( ل ), mim( م ) , nun( ن ) , ra( ر )

- Meletakkan tasydid dan barisnya.





- Sebab: Isyarat atau tanda yang menunjukkan idgham kamil (makhraj masuk dengan sempurna).

Kumpulan kedua: wau ( و ) , ya ( ي )

- Meletakkan baris dan tanpa tasydid.


·           Contoh:
محظوراً انظر

- Menandakan huruf tanwin seperti kaedah Izhar kecuali pada:

عاداً الأولى

- Qiraat yang membaca dengan idgham akan meletakkan tasydid pada lam.


HUKUM PADA NUN MATI / SAKINAH

    Selepas Nun Sakinah Huruf Izhar:
- Huruf Izhar:

1. Jumhur : hamzah( ء ) , ha’( ه ) , ‘ain(ع ) , ha( ح ) , ghin( غ ) , kha’ ( خ )

2. Abu Jaafar : hamzah( ء ) , ha’( ه ) , ‘ain(ع ) , ha( ح )

- Meletakkan tanda sukun (mati) diatas huruf nun.

- Sebab: Tanda atau isyarat yang menunjukkan dibaca dengan jelas dan nyata.

- Selain selepasnya huruf izhar, tidak diletakkan sukun diatas huruf nun.

·         Selepas Nun Sakinah Huruf Iqlab:

- Huruf Iqlab: ba’ ( ب )
- Hukum: 2 mazhab

1. Abu Daud (diamalkan)
- Meletakkan mim kecil di atas nun, tanpa ada sukun.

- Sebab: Tanda atau isyarat bacaan kearah / secara mim.

2. Ad-Dani

- Tidak meletakkan sukun / mengosongkan nun.

- Sebab: Tanda atau isyarat yang menunjukkan bukan izhar.

HUKUM HURUF YANG TERLETAK SELEPAS NUN SAKINAH

Huruf Izhar atau Ikhfak atau Iqlab:

- Meletakkan barisnya sahaja.



Huruf Idgham:

Kumpulan pertama: lam ( ل ), mim( م ) , nun( ن ) , ra( ر )
- Meletakkan tasydid dan baris bagi menunjukkan makhraj dimasukkan dengan sempurna.




Kumpulan kedua: wau ( و ) , ya ( ي )

* Satu kalimah:

- Hukum nun: Meletakkan sukun diatas nun bagi menunjukkan dibaca secara izhar  (jelas).

- Hukum huruf selepasnya: Tidak meletakkan tasydid.

- Contoh:
دنْيَا / قنْوَان

 *Dua kalimah

# Qiraat Khalaf ‘an Hamzah

- Hukum nun: Mengosongkan nun dari sukun.

- Hukum huruf selepasnya: Meletakkan tasydid bagi menunjukkan dibaca dengan memasukkan makhraj dengan sempurna.

# Jumhur Ulamak: 2 mazhab

1. Diamalkan:

- Hukum nun: Tidak diletakkan sukun.

- Hukum huruf selepasnya: Tidak diletakkan tasydid pada barisnya.

- Sebab: Tanda atau isyarat yang menunjukkan makhraj huruf tidak dimasukkan secara keseluruhan / sempurna.

- Contoh:
من يَقول
2. Diamalkan oleh ahli magharib (barat) dan menjadi pilihan Syaikhan.

- Hukum nun: Meletakkan sukun diatasnya.

- Hukum huruf selepasnya: Diletakkan tasydid pada barisnya.

- Sebab: Tanda atau isyarat yang menunjukkan idgham naqis iaitu    dimasukkan separuh daripada makhrajnya.

contoh :




0 Comment!