Love Dhabt
★ Sawnan Love ★


Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini. Kami pelajar tahun akhir di Institut Al-Quran Yayasan Islam Negeri Kedah (IQDAR) sedang menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada kami dalam blog ini yang akan menerangkan tentang ilmu Dhabtul Quran. Blog ini masih dalam proses pembikinan. Jika terdapat kesalahan atau kesilapan, boleh lah tinggalkan komen anda di bawah atau menghantar emel kepada kami iaitu lovesawnan@gmail.com. Terima kasih.

Link Sahabat!

Dr Dhabtul Quran

Ilmu Dhobt
Fasii
Love Dhobt
Link IQDAR's!

FACEBOOK IQDAR's
Blog IQDAR's
Ahli Kumpulan


Afaf Tarmizi: (07-0136/2012)

Wardah Rujhan: (07-0147/2012)
Shaza Shirazi Shirozi: (07-0144/2012)
Fatimah Najwa Mohd Zakaria: (07-0138/2012)
Nurul Najihah Zubit: (07-0142/2012)
Nurul Aiman Abdul Rahman: (07-0141/2012)


Post Lalu

Credit Section!

Template by : LiyanaIzzati
Basecode made by : AreQil
Background : Nurul Atiqah
Edited : Sawnan Love
Best view : Google Chrome


BAB 2


HUKUM TANWIN, NUN MATI / SAKINAH
DAN

HURUF YANG TERLETAK SELEPASNYA







HUKUM TANWIN


         Selepas Tanwin Huruf Izhar

- Huruf Izhar:

1. Jumhur : hamzah( ء ) , ha’( ه ) , ‘ain(ع ) , ha( ح ) , ghin( غ ) , kha’ ( خ )

2. Abu Jaafar : hamzah( ء ) , ha’( ه ) , ‘ain(ع ) , ha( ح )

- Kedudukan: Baris dan tanwin berada diatas huruf dalam keadaan yang sama)  ( متساويتين .

- Contoh:


- Sebab: Isyarat atau tanda yang menunjukkan tulisan dan makhraj tidak bersambung.

         Selepas tanwin selain Huruf Izhar dan Iqlab (Ikhfak dan Idgham):

- Kedudukan: Baris dan tanwin ditulis berselisih ( متتابعتين ), tanda  tanwin kehadapan sedikit dengan tanda baris.

-Contoh :





- Sebab: Isyarat atau tanda yang menunjukkan dimasukkan sedikit atau menghampiri makhraj huruf selepasnya.

         Selepas tanwin huruf Iqlab:

- Huruf Iqlab: ba’ ( ب )

- Tanda: 2 mazhab

1. Abu Daud (diamalkan)

- Meletakkan mim kecil sebagai pengganti tanwin dan meletakkan tanda baris.






HUKUM HURUF YANG TERLETAK SELEPAS TANWIN


     Huruf Izhar atau Ikhfak atau Iqlab:

- Meletakkan barisnya sahaja.

- Contoh:

- Meletakkan mim kecil sebagai pengganti tanwin dan meletakkan tanda baris.


   Huruf Idgham:

Kumpulan pertama: lam ( ل ), mim( م ) , nun( ن ) , ra( ر )

- Meletakkan tasydid dan barisnya.





- Sebab: Isyarat atau tanda yang menunjukkan idgham kamil (makhraj masuk dengan sempurna).

Kumpulan kedua: wau ( و ) , ya ( ي )

- Meletakkan baris dan tanpa tasydid.


·           Contoh:
محظوراً انظر

- Menandakan huruf tanwin seperti kaedah Izhar kecuali pada:

عاداً الأولى

- Qiraat yang membaca dengan idgham akan meletakkan tasydid pada lam.


HUKUM PADA NUN MATI / SAKINAH

    Selepas Nun Sakinah Huruf Izhar:
- Huruf Izhar:

1. Jumhur : hamzah( ء ) , ha’( ه ) , ‘ain(ع ) , ha( ح ) , ghin( غ ) , kha’ ( خ )

2. Abu Jaafar : hamzah( ء ) , ha’( ه ) , ‘ain(ع ) , ha( ح )

- Meletakkan tanda sukun (mati) diatas huruf nun.

- Sebab: Tanda atau isyarat yang menunjukkan dibaca dengan jelas dan nyata.

- Selain selepasnya huruf izhar, tidak diletakkan sukun diatas huruf nun.

·         Selepas Nun Sakinah Huruf Iqlab:

- Huruf Iqlab: ba’ ( ب )
- Hukum: 2 mazhab

1. Abu Daud (diamalkan)
- Meletakkan mim kecil di atas nun, tanpa ada sukun.

- Sebab: Tanda atau isyarat bacaan kearah / secara mim.

2. Ad-Dani

- Tidak meletakkan sukun / mengosongkan nun.

- Sebab: Tanda atau isyarat yang menunjukkan bukan izhar.

HUKUM HURUF YANG TERLETAK SELEPAS NUN SAKINAH

Huruf Izhar atau Ikhfak atau Iqlab:

- Meletakkan barisnya sahaja.



Huruf Idgham:

Kumpulan pertama: lam ( ل ), mim( م ) , nun( ن ) , ra( ر )
- Meletakkan tasydid dan baris bagi menunjukkan makhraj dimasukkan dengan sempurna.




Kumpulan kedua: wau ( و ) , ya ( ي )

* Satu kalimah:

- Hukum nun: Meletakkan sukun diatas nun bagi menunjukkan dibaca secara izhar  (jelas).

- Hukum huruf selepasnya: Tidak meletakkan tasydid.

- Contoh:
دنْيَا / قنْوَان

 *Dua kalimah

# Qiraat Khalaf ‘an Hamzah

- Hukum nun: Mengosongkan nun dari sukun.

- Hukum huruf selepasnya: Meletakkan tasydid bagi menunjukkan dibaca dengan memasukkan makhraj dengan sempurna.

# Jumhur Ulamak: 2 mazhab

1. Diamalkan:

- Hukum nun: Tidak diletakkan sukun.

- Hukum huruf selepasnya: Tidak diletakkan tasydid pada barisnya.

- Sebab: Tanda atau isyarat yang menunjukkan makhraj huruf tidak dimasukkan secara keseluruhan / sempurna.

- Contoh:
من يَقول
2. Diamalkan oleh ahli magharib (barat) dan menjadi pilihan Syaikhan.

- Hukum nun: Meletakkan sukun diatasnya.

- Hukum huruf selepasnya: Diletakkan tasydid pada barisnya.

- Sebab: Tanda atau isyarat yang menunjukkan idgham naqis iaitu    dimasukkan separuh daripada makhrajnya.

contoh :




0 Comment!