Love Dhabt
★ Sawnan Love ★


Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini. Kami pelajar tahun akhir di Institut Al-Quran Yayasan Islam Negeri Kedah (IQDAR) sedang menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada kami dalam blog ini yang akan menerangkan tentang ilmu Dhabtul Quran. Blog ini masih dalam proses pembikinan. Jika terdapat kesalahan atau kesilapan, boleh lah tinggalkan komen anda di bawah atau menghantar emel kepada kami iaitu lovesawnan@gmail.com. Terima kasih.

Link Sahabat!

Dr Dhabtul Quran

Ilmu Dhobt
Fasii
Love Dhobt
Link IQDAR's!

FACEBOOK IQDAR's
Blog IQDAR's
Ahli Kumpulan


Afaf Tarmizi: (07-0136/2012)

Wardah Rujhan: (07-0147/2012)
Shaza Shirazi Shirozi: (07-0144/2012)
Fatimah Najwa Mohd Zakaria: (07-0138/2012)
Nurul Najihah Zubit: (07-0142/2012)
Nurul Aiman Abdul Rahman: (07-0141/2012)


Post Lalu

Credit Section!

Template by : LiyanaIzzati
Basecode made by : AreQil
Background : Nurul Atiqah
Edited : Sawnan Love
Best view : Google Chrome


BAB 11


Hukum Lam Alif


  • Apa itu Lam Alif?


Lam Alif ialah dua huruf yang berturutan yang terdiri daripada huruf lam dan alif. Terdapat dua cabang pada bahagian atasnya dan dibawahnya pula berbentuk bulat. Gambarannya adalah seperti ini (
لا).

  • Ulama berselisih pendapat bagi menentukan kedudukan alif :


1.      Alkhalil bin Ahmad dan almaghoribah : cabang yang pertama adalah huruf alif.

2.      Said bin Mas’adah Alakhfasy dan seperti yang diamalkan  : cabang yang kedua adalah huruf Alif.

Susunan pada khilaf mengenai cara penulisannya ada tiga hukum :

1.      Hukum rumah hamzah pada huruf alif gabungan huruf Lam :

Alkhalil : 
(األرض)

Alakhfasy : (الأرض)
 

2.      Hukum kedudukan tanda mad pada huruf alif gabungan huruf lam :

Alkhalil :
 (لآ إله إلا الله

Alakhfasy : (لآ إله إلا الله)
 

3.      Hukum huruf hamzah yang bersambung lafaz dengan huruf Alif gabungan huruf Lam :

Alkhalil :
 (هؤءلا) (ءلاكلون)

Alakhfasy : (هؤلاء) (لأكلون)
 

Tanbih !

Tidak  ada nas yang menyebutkan penandaan warna pada semua tanda dhabt yang disebutkan sebelum ini. Cukuplah dengan hanya menandakannya dengan warna merah bagi membezakan mushaf yang menunjukkan pembaharuan selepas zaman sahabat dengan penambahan tanda yang disebutkan sebelum ini.

          Tatimmah

Pada peringkat awal, tidak ada sebarang penandaan pada huruf ya’. Ulama’         mutaakhirin telah melakukan penambahbaikan dengan menandakan huruf ya’ yang berada dihujung kalimah.

  • Hukum ya’ yang berada dihujung kalimah adalah seperti berikut :

1.      Mauqusoh (depan ke belakang) : 
(ى)

2.      Ma’qusoh (terbalik) :

*Inilah yang disebutkan oleh abu daud, albalansi, altajibi, allabib dan selainnya.


Huruf ya’ terbahagi kepada lapan :

1.      Fathah :
  (إن وليى الله)

2.      Kasrah : (فبإى)

3.      Sukun yang hidup : (ذواتى)

4.      Sukun yang mati : (اللذى)

5.      Ya’ terbalik : (الهدى)

6.      Rumah hamzah : (كل امرئ)

7.      Ya’ tambah : (من نبإىْ)

8.      Dhammah : (الله ولى الذين ءامنوا)

Khotimah

Seperti yang sedia maklum bahawa tanda-tanda fasilah, sajdah, hizib, maqra’, rubu’, saktah, waqaf dan sebagainya adalah penambaikan dari ulama’ mutaakhirin.


Tiga pendapat ulama’ mengenai penambaikan tersebut :

1.      Harus mutlak

2.      Makruh mutlak

3.      Harus bagi mushaf yang digunakan oleh orang-orang yang sedang belajar.

  • Tanda saktah ialah melatakkan huruf sin kecil di atas setiap huruf daripada lafaz-lafaz berikut :


(عوجا, مرقدنا, بل ران, من راق)

Tanda-tanda waqaf ada lima iaitu :

1.      Waqaf lazim
(م : wajib berhenti padanya dan tidak sah menyambung dengan kalimah selepasnya.

2.      Waqaf aula 
(قلى): seeloknya berhenti padanya dan boleh dimulai dengan kalimah selepasnya.

3.      Waqaf jaiz
 (ج : harus berhenti dan sambung pada kalimah ini.

4.      Wasal aula 
(صلى): seeloknya disambung dengan kalimah selepasnya.

5.      Waqaf muta’aniq 
(. .  . .): behenti pada salah satu tempat yakni jika berhenti pada tempat yang pertama maka tidak boleh berhenti pada tempat yang kedua dan begitulah sebaliknya.

*waqaf yang dilarang 
(لا): adapun tanda ini adalah dilarang berhenti pada kalimah tersebut tetapi diharuskan berhenti jika darurat seperti putus nafas dan sebagainya.

*semua yang disebutkan diatas adalah amalulmutaakkirin untuk menambah pencerahan.




0 Comment!