★ Sawnan Love ★ Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini. Kami pelajar tahun akhir di Institut Al-Quran Yayasan Islam Negeri Kedah (IQDAR) sedang menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada kami dalam blog ini yang akan menerangkan tentang ilmu Dhabtul Quran. Blog ini masih dalam proses pembikinan. Jika terdapat kesalahan atau kesilapan, boleh lah tinggalkan komen anda di bawah atau menghantar emel kepada kami iaitu lovesawnan@gmail.com. Terima kasih. Link Sahabat! Dr Dhabtul Quran Ilmu Dhobt Fasii Love Dhobt Link IQDAR's! FACEBOOK IQDAR's Blog IQDAR's Ahli Kumpulan Afaf Tarmizi: (07-0136/2012) Wardah Rujhan: (07-0147/2012) Shaza Shirazi Shirozi: (07-0144/2012) Fatimah Najwa Mohd Zakaria: (07-0138/2012) Nurul Najihah Zubit: (07-0142/2012) Nurul Aiman Abdul Rahman: (07-0141/2012) Post Lalu Credit Section! Template by : LiyanaIzzati Basecode made by : AreQil Background : Nurul Atiqah Edited : Sawnan Love Best view : Google Chrome |
PENGENALAN ILMU DHABTUL QURAN
Kitab Dhabt
Nama Penulis
Ta’rif dan
pengertian :
Jenis
Dhabt :
i. Naqt al-I'rab :
Tanda/simbol
dalam bentuk baris atas, bawah, dan hadapan.
ii. Naqt al-I'jam :
Tanda
dalam bentuk titik, untuk membezakan huruf bertitik dan huruf tidak bertitik.
A. NAQT AL-I'RAB : ASAL USUL TITIK DAN BARIS DALAM AL-QURAN. Sesungguhnya titik itu membawa dua pengertian yang perlu diketahui oleh kita semua. : Pertama: Sesuatu tanda yang menunjukkan "harakah" (baris),"sukun"(baris mati),"syad" (sabdu), "mad" (panjang) atau sebagainya. Titik-titik ini dipanggil oleh setengah orang dengan .(naqt al i'rab) Kedua : Sesuatu tanda yang menunjukkan zat-zat hurufnya yang membesakan antara "mu'jamnya"dan "muhmalnya" seperti titik yang terletak pada "ba" di sebelah bawahnya dan juga "jim" dan dua titik "ta" sebelah tasanya dan begitulah seterusnya. Maka titik pada huruf "ta" dan "tha" dan titik pada huruf "jim" itu membezakan dia dari huruf "ha".Titik-titik ini dipanggil . (naqt al i'jam) BARIS: Sesuatu tanda yang memberi "harakah"kepada huruf-huruf atau "sukun","mad" dan sebagainya.Yang demikian adalah sama ertinya dengan makna yang pertama dari "titik" atau "noktah" tadi. Baris ini dipanggil DHABT. PENDAPAT ULAMA':
Pendapat ulama berselisihan di atas banyak
qaul untuk menentukan siapa yang mula mencipta titik-titik di atas dua makna
yang diterangkan di atas itu. Adakah penciptanya dengan dua maknanya itu
seorang individu sahaja ataupun berlainan orangnya? yang mana satu antara keduanya
yang lebih dahulu dicipta? Para ulama yang berteliti lebih condong mengatakan
bahawa pencipta titik menurut maknanya yang pertama itu yakni ( naqt al i'rab )
ialah Abul Aswad Ad Duali.
Menurut cerita mengenainya bahawa Amirul Mukminin Muawiyah bin Abi Sufiyan telah menulis kepada Zaid ibn Abi Zaid yang menjadi gabenor Basrah waktu itu meminta beliau arahkan anaknya Ubaidullah bin Zaid datang mengadapnya. Beliau dapati dalam pertuturannya beberapa kesalahan dalam tatabahasa. Muawiyah telah menghantar Abdullah pulang dan bersamnya sepucuk surat kepada ayahnya. Di dalamnya Zaid dikecam kerana membiarkan anaknya bertutur tanpa menurut tatabahasa yang betul.Setelah membaca surat itu Zaid pun memanggil Abul Aswad seraya berkata kepadanya "sesungguhnya bangsa-bangsa A'jam itu telah merosakkan bahasa Arab".Tidakkah dapat anda mereka sesuatu yang dapat orang ramai mengawal bahasa mereka dengan baik dan membaca dengan betul ayat-ayat suci Al-Quran. Tetapi Abul Aswad enggan memenuhi permintaan itu dengan sesuatu sebab yang tertentu.Lalu Zaid menyuruh seorang lelaki duduk di tepi jalan menunggu Abul Aswad lalu katanya kepada orang itu : "bila Abul Aswad lalu di hadapanmu, hendaklah kamu baca sesuatu dari ayat Al-Quran dan buat-buat silap dalam bacaan itu". Orang itu pun duduk di tepi jalan yang selalu dilalui oleh Abul Aswad. Apabila dia melihatnya melintas di situ dia pun membaca surah at-Taubah dengan membaca "rasuliha" tidak "rasuluha"(menurut baris yang betul).Tatkala Abul Aswad mendengar bacaan itu dia rasa terperanjat dan terharu. Beliau pun tergesa-gesa berjumpa semula dengan Zaid seraya berkata :"Baiklah ! saya sanggup memenuhi permintaan anda . Saya fikir baik saya mulakan dengan "mengi'rabkan" Al-Quran, ertinya membetulkan bacaan supaya tidak berlaku "lahan". Selepas itu Abul Aswad telah memilih seorang lelaki dari qabilah Abul Qias seraya berkata kepadanya:"engkau bawa semua mushaf dan suatu bekas berisi cat yang warnanya berlainan dari warna mushaf itu. Bila aku buka kedua bibirku letakkan titik sebelah di atas huruf itu dan bila aku himpunkan keduanya hendaklah anda letakkan titik sebelah depannya dan bila aku pecahkan dia letakkan satu titik sebelah bawahnya. Bila aku turutkan "harakah" itu dengan dengung , (tanwin), letakkan dua titik" . Beliau telah memulakan usaha itu dari awal mushaf sehingga akhirnya. ORANG PERTAMA : Diambil dari cerita tersebut bahawa orang yang mula-mula mereka titik - titik menurut maknanya yang pertama itu ( naqt i'rab ) yang sama ertinya dengan ( asyaklu ) atau ( adabthu ) ialah Abul Aswad Adduali , daripadanya timbul berbagai-bagai rekaan baru yang dicipta oleh para ulama yang kemudian dengan memasukkan pada yang asal banyak perubahan yang sesuai . KEDUA : Adapun noktah-noktah menurut maknanya yang kedua itu maka pendapat ulama juga bersalah-salahan tentang siapa yang mula-mula merekanya.pendapat yang paling rajih ialah "Nasr b.A'sim dan Yahya bin Ya'mur/Yu'mar" iaitu tatkala terdapat ramai orang-orang baru dari bangsa-bangsa Ajam yang menganut agama islam, maka banyaklah berlaku salah sebutan dalam bahasa Arab dan sebutan-sebutan yang silap itu banyak digunakan orang.Dari itu adalah sangat dibimbangi kalau-kalau kesilapan itu terserap ke dalam bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, lalu Amirul Mukminin Abdul Malik bin Marwan memerintah Gabenornya di Iraq yang bernama Hajjaj bin Yusof supaya berusaha bersungguh-sungguh menghapuskan sebab-sebab yang menimbulkan salah sebutan itu agar tidak tebawa-bawa ke dalam Al-quran. Al-Hajjaj pun menanggungkan tugas itu ke atas Nasr bin A'sim dan Yahya bin Ya'mur/Yu'mar, dua orang pakar dalam bahasa Arab dan kesusasteraannya termasuk ilmu qiraat.Keduanya tidak dapat mengelakkan diri dari menerima tugas itu memandangkan kepada maslahat umum demi keutuhan kitab suci Al-quran Mereka berdua pun mulai melaksanakan arahan itu dengan mencipta noktah-noktah untuk membezakan di antara huruf-huruf dan dengan demikian akan terpeliharalah Al-quran dari salah sebutan nahu.Noktah-noktah ini ditulis dengan dakwat yang warnanya bersamaan dengan warna tulisan mushaf itu supaya berbeza dari titik -titik yang direka oleh Abul Aswad Adduali. KESIMPULANNYA : Diambil dari kisah ini dan kisah yang dahulu bahawa noktah-noktah menurut maknanya yang pertama itu adalah dahulu penciptaanya dari noktah-noktah menurut maknanya yang kedua, kerana zaman Zaid terdahulu dari zaman Al-Hajjaj kemudian dalam pemerintahan Abbasiah lahir Imam An Nahri Al-kholil bin Ahmad Al-Basri . Beliau telah mengubah noktah-noktah yang direka oleh Abul Aswad dan dijadikan di atas bentuk yang digunakan sekarang. Para ulama berkata tidak mengapa dilakukan yang demikian kerana ia menjadi cahaya yang dapat menerangkan para pembaca, kemudian dilakukan pula pembaharuan dengan membubuh titik-titik di akhir ayat-ayat.
B. NAQT AL-I'JAM : TERBAHAGI KEPADA DUA BAHAGIAN :
1. HURUF MU’JAMAH : huruf yang mengandungi
titik. Tebahagi kepada lima belas huruf iaitu :
(
ب , ت , ث , ج , خ , ذ , ز , ش , ض , ظ , غ , ف , ق , ن , ي )
Namun begitu, bagi huruf
“Ya”ي
) )
terdapat lima keadaan yang tidak diletakkan titik iaitu :
1.
Apabila huruf “Ya” berada di hujung kalimah :
(محياى)
2.
Apabila kedudukan huruf “Ya” diganti dengan
huruf “Hamzah”: (لئلا)
3.
Apabila huruf “Ya” diganti kedudukannya
dengan huruf lain sama ada di tengah (هدىهم) atau di hujung (تهوى) kalimah.
4.
Apabila huruf “Ya” dihazafkan kerana
terkumpul dua “Ya” sama ada di tengah (النبيىن) atau di hujung (يستحيى) kalimah.
5.
Apabila huruf “Ya” berfungsi sebagai Silah
atau huruf Ilhaq : (فيه هدى).
2. HURUF MUHMALAH : huruf yang tidak mempunyai
titik. Terbahagi kepada tiga belas huruf iaitu :
( ا , ح , د ,
ر , س , ص , ط , ع , ك , ل , م , ه , و )
Tajuk yang
dibincangkan :
Faedah :
Alamat atau tanda-tanda yang terlibat dengan dhabt pada huruf-huruf al-Quran dari segi bentuk, warna dan tempat meletakkannya ialah:
v Harakah
v Sukun
v Syaddah
v Mad
v Hamzah
0 Comment!BAB 1
TANDA-TANDA
BARIS DAN TANWIN
Keadaan baris ada 3 jenis iaitu :
1)
FATHAH
2)
KASROH
3)
DOMMAH
1) FATHAH
2) DOMMAH
3) KASROH
Dan kecuali huruf dihadapan itu adalah surah
seperti:
1)
الم
2)
ق
3)
طه
i)Bagi yang tidak ditulis alif ada 4 jenis :
1)
Mansub
diakhir hamzah contohnya(ماءً)
2)
Makhtum dengan
ta’ ta’nis contohnya(رحمةً)
3)
Dengan
majrur contohnya(من
غفورِ)
4)
Dengan
marfu’(بالمؤمنين
رءوف رحيمٌ)
ii)Bagi yang ditulis alif terbahagi pada 4
mazhab:
1)
Ada
baris dan tanwin diatas huruf sebelum alif contohnya(عليمًا)
2)
Ada
diatas alif contohnya (عليماً)
3)
Ada
baris atas huruf dan tanwin atas alif contohnya(عليَماً)
4)
Ada
baris atas huruf kemudian dikira bersama tanwin diatas alif contohnya (عليَماً)
Dua mazhab terakhir adalah dhoif
iii)Untuk yang berbaris baginya (عليما)ada
empat pendapat:
1)
Marfu’
contohnya (سحر
مفترى)
2)
Mansub
contohnya(سمعنا
فتى)
3)
Majrur
contohnya(فى
قرى محصنة)
Dan
inilah yang diamal iaitu kalimah (عليما)
iv)Dan bagi contoh(ماء) padanya ada tiga pendapat:
1)
Hamzah
selepasnya alif dan atasnya dinasobkan dengan tanwin contohnya (ماءً)
2)
Ada
hamzah selepas alif dan selepasnya itu alif kecil dan diletakkan dengan nasob
dengan tanwin atas alif kecil itu contohnya (ماءاً).
3)
Ada alif
kecil sebelum alif dan hamzah diantaranya dan diatas hamzah diletakkan nasob dengan
tanwin contohnya (مئًا)
Dua mazhab terakhir adalah dhoif BAB 2
HUKUM TANWIN,
NUN MATI / SAKINAH
DAN
HURUF YANG
TERLETAK SELEPASNYA
HUKUM
TANWIN
Selepas Tanwin Huruf Izhar
- Huruf
Izhar:
1. Jumhur
: hamzah( ء ) , ha’(
ه ) , ‘ain(ع ) , ha( ح ) , ghin(
غ ) , kha’ ( خ )
2. Abu Jaafar : hamzah( ء ) , ha’(
ه ) , ‘ain(ع ) , ha( ح )
-
Kedudukan: Baris dan tanwin berada diatas huruf dalam keadaan yang sama) ( متساويتين .
- Contoh:
- Sebab: Isyarat
atau tanda yang menunjukkan tulisan dan makhraj tidak bersambung.
Selepas
tanwin selain Huruf Izhar dan Iqlab (Ikhfak dan Idgham):
- Kedudukan:
Baris dan tanwin ditulis berselisih ( متتابعتين ), tanda tanwin kehadapan sedikit dengan tanda baris.
-Contoh :
- Sebab:
Isyarat atau tanda yang menunjukkan dimasukkan sedikit atau menghampiri makhraj
huruf selepasnya.
Selepas
tanwin huruf Iqlab:
-
Huruf Iqlab: ba’ ( ب )
-
Tanda: 2 mazhab
1.
Abu Daud (diamalkan)
- Meletakkan
mim kecil sebagai pengganti tanwin dan meletakkan tanda baris.
HUKUM
HURUF YANG TERLETAK SELEPAS TANWIN
Huruf
Izhar atau Ikhfak atau Iqlab:
-
Meletakkan barisnya sahaja.
-
Contoh:
- Meletakkan
mim kecil sebagai pengganti tanwin dan meletakkan tanda baris.
Huruf
Idgham:
Kumpulan
pertama: lam ( ل ), mim( م ) , nun( ن ) , ra( ر )
- Meletakkan tasydid dan barisnya.
- Sebab: Isyarat atau tanda yang menunjukkan idgham kamil
(makhraj masuk dengan sempurna).
Kumpulan kedua: wau ( و ) , ya ( ي )
- Meletakkan
baris dan tanpa tasydid.
·
Contoh:
محظوراً انظر
- Menandakan huruf tanwin seperti kaedah Izhar kecuali pada:
عاداً الأولى
- Qiraat
yang membaca dengan idgham akan meletakkan tasydid pada lam.
HUKUM PADA NUN MATI / SAKINAH
Selepas Nun
Sakinah Huruf Izhar:
- Huruf
Izhar:
1. Jumhur
: hamzah( ء ) , ha’(
ه ) , ‘ain(ع ) , ha( ح ) , ghin(
غ ) , kha’ ( خ )
2. Abu Jaafar : hamzah( ء ) , ha’(
ه ) , ‘ain(ع ) , ha( ح )
- Meletakkan tanda sukun (mati) diatas huruf nun.
-
Sebab: Tanda atau isyarat yang menunjukkan dibaca dengan jelas dan nyata.
- Selain
selepasnya huruf izhar, tidak diletakkan sukun diatas huruf nun.
·
Selepas Nun Sakinah Huruf Iqlab:
-
Huruf Iqlab: ba’ ( ب )
-
Hukum: 2 mazhab
1.
Abu Daud (diamalkan)
-
Meletakkan mim kecil di atas nun, tanpa ada sukun.
-
Sebab: Tanda atau isyarat bacaan kearah / secara mim.
2.
Ad-Dani
-
Tidak meletakkan sukun / mengosongkan nun.
-
Sebab: Tanda atau isyarat yang menunjukkan bukan izhar.
HUKUM HURUF YANG TERLETAK SELEPAS NUN SAKINAH
Huruf
Izhar atau Ikhfak atau Iqlab:
-
Meletakkan barisnya sahaja.
Huruf
Idgham:
Kumpulan
pertama: lam ( ل ), mim( م ) , nun( ن ) , ra( ر )
- Meletakkan
tasydid dan baris bagi menunjukkan makhraj dimasukkan dengan sempurna.
Kumpulan kedua: wau ( و ) , ya ( ي )
* Satu
kalimah:
- Hukum
nun: Meletakkan sukun diatas nun bagi menunjukkan dibaca secara izhar (jelas).
- Hukum huruf selepasnya: Tidak meletakkan tasydid.
- Contoh:
دنْيَا / قنْوَان
*Dua kalimah
# Qiraat Khalaf ‘an Hamzah
- Hukum nun: Mengosongkan nun dari sukun.
- Hukum huruf selepasnya: Meletakkan tasydid bagi
menunjukkan dibaca dengan memasukkan makhraj dengan sempurna.
# Jumhur Ulamak: 2 mazhab
1. Diamalkan:
- Hukum nun: Tidak diletakkan sukun.
- Hukum huruf selepasnya: Tidak diletakkan tasydid
pada barisnya.
-
Sebab: Tanda atau isyarat yang menunjukkan makhraj huruf tidak dimasukkan
secara keseluruhan / sempurna.
- Contoh:
من يَقول
2.
Diamalkan oleh ahli magharib (barat) dan menjadi pilihan Syaikhan.
- Hukum
nun: Meletakkan sukun diatasnya.
- Hukum
huruf selepasnya: Diletakkan tasydid pada barisnya.
-
Sebab: Tanda atau isyarat yang menunjukkan idgham naqis iaitu dimasukkan separuh daripada makhrajnya.
contoh :
|